My Life so Beautiful...

Daisypath Anniversary tickers

29 Disember 2009

Makan Angin Perut Kembong...

Apply cuti 2 hari.Itupun rasa tak cukup lagi.Kalau boleh nak apply seminggu,tapi takde orang laa kat ofis.Bertolak ke K.Lumpur hari sabtu pagi.Hati berdebar jugak pasal dah lama tak jalan jauh.Dalam hati ni berdoa je semoga selamat dalam perjalanan.Aku dan suami relak je sepanjang perjalanan Yelah,ayah mertua aku yang drive.Mak jadi teman setia di sebelahnya.Adik ipar aku 2 org senyap je.Sorang anak dara duduk melayan fikiran di luar tingkap.Si kecil lak duduk diam di belakang melayan lagu sambil makan kacang.Banyak kali rehat di Hentian pasal perut nak kena isi makanan.Perjalanan jauh,memang la lapar,mengantuk,nak kencing lah,macam2.Alhamdulillah,kami tiba di K.Lumpur lewat Maghrib.Tumpang kat rumah sepupu suami.Rupanya kami yang paling lewat tiba.Saudara yang lain dah tiba awal.Mana tak nye,cari rumah tak jumpa.Maklumlah K.Lumpur la katakan.Pusing sana,keluar sini.Nak dekat sejam jugak baru dapat jalan betul.Nasib baik suami aku pakai handset GPS..dapat la jugak cari.Kelakar jugak la.

Malam tu,kami memang penat.Lepas makan terus rasa nak tido.Keesokan baru mula jalan2.Kami ke Putrajaya.Melawat masjid kat sana.Bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki kat sana memang amat teruja la.Lebih2 lagi melihat bangunan kerajaan yang besar dan megah tu.Nasib baik aku pakai baju kurung hari tu.Tergelak aku bila lihat pelancong Cina yang datang melawat masjid terpaksa memakai jubah pink untuk masuk ke dalam.Yela,bai menghormati masjid kita yang suci itu,elok la ditutup aurat yang terdedah tu.Kurang sopan lah katakan.Tapi cute lak bila lihat dioarng pakai jubah pink.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan