My Life so Beautiful...

Daisypath Anniversary tickers

18 Mac 2011

Tq untuk Gamogen...


GAMOGEN...namanya sebaik khasiatnya..

Alhamdulillah,setelah 2 bulan aku duk mkn supplement ni,Cyst di ovari kiriku telah hilang.Semuanya dengan keizinan Allah s.w.t.Sewaktu mula2 dpt tau yang aku ada Cyst,aku rasa mcm x percaya.Sbb sebelum ni dgr dr cerita org lain.

First scan,sbb aku sakit perut sebelah kiri.Aku ke klinik private,doc sahkan aku ada small Cyst di ovari kiri (3.2cm).

Aku cuba Gamogen slps tahu dpt Cyst,then masuk bulan kedua,aku cek lagi dgn doc di klinik yang sama.Cyst makin kecil dan mengecut (2.9cm).Perut dah x sakit mcm dulu.Habis satu botol,aku beli lagi Gamogen.Masuk bulan ketiga,aku scan lagi Alhamdulillah,puas doc scan siap tekan2 lagi perut sampai naik geli dan sakit aku dibuatnya.Doc ckp Cyst mmg dh x de..

Walaupun Gamogen ni agak mahal (RM128 sebotol),tp demi kesihatan aku mengalah.Disamping kita kene jaga makan dan selalu la berdoa pada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik.Untuk itu,aku akan terus makan Gamogen ni untuk baiki kesuburan jg.Selain itu aku perasan kulit di muka aku ni semakin elok dan kurang jerawat.Kadang aku kurang pakai krim kat muka,cm alas dengan bedak je.

17 Mac 2011

Ikan Bawal 3 Rasa...:-)


Khamis:17.3.2011

Konon nak ganti pose..lg 1 hari nak ganti.Tetiba je perut dan pinggang semacam jek rasa.Macam dah nak kibar bendera merah.Huhuhu...Balik dari opis,aku tumpangla Kak Nor (akak opis yg paling sporting)..aku minta dia tinggalkan aku kat Giant.

Aku ngan suami cari lauk basah untuk dibuat lauk makan malam ni.
  • Ikan bawal 2 ekor(RM 3.69 per ekor)..
  • Sotong putih sederhana besar 4 ekor(RM 7.68)..
  • Ikan selar kuning saiz kecik2..15 ekor (RM 4.89)
  • Lobak merah 1 peket (RM 1.99)
  • Tomato merah 2 bj (RM 0.94)
Itu je dalam kepala nak beli.Hehhe..x sabar nak try masak resepi yang aku copy dari majalah RASA milik Kak Nor..

Sebelum masak,aku ngan suami relaks2 jap.Pukul 6 petang,aku mula menjalankan tugas sebagai isteri di dapur.Memandangkan suami aku keluar main bola,x der la aku kelam kabut sangat nak memasak.Dan ini la hasilnya setelah ikan bawal yang aku beli tadi menjadi lauk kami pada malam tu.Dan pose aku terpaksa di cancelkan,huhuhu..terpaksa ditunda ke hari lain.Bendera merah dah berkibar2....:-(

08 Mac 2011

Mini Zoo Kemaman (2)

Ini je la yang sempat kami amik buat kenangan..nak amik byk2 x dpt,coz hujan.Jeles tul tgk suami mandi.Aku x mandi pasal x de tempat nak salin baju..Zoo Kemaman ni baru je dalam proses nak siap...:-)

Insyaallah,kalau de masa lagi aku nak ke sana buat kali kedua.Nak g picnic2 n mandi2...harap2 Zoo dah makin cantik la...


Mini Zoo Kemaman




Memang dah lama aku tak masuk blog aku ni.Insyaallah tahun ni akan ku aktifkan kembali blog aku setelah hampir setahun menyepi.Jumaat (4/3/2011) aku ke Mini Zoo Kemaman dengan my husband.Takde ape yang nak dilakukan pada hujung minggu.Aku dah plan lama dah,cuma suami agak sibuk kebelakangan ini di pejabatnya.

Alhamdulillah,Allah mengizinkan kami berdua ke Zoo pada pagi itu.Kami bertolak hampir jam pukul 10 pg.Setelah 2 jam perjalanan,kami tiba di bandar Kemaman.Sempat suami ke kedai membeli nasi beriani buat hidangan di tengah hari nanti.Kami bukan hanya berdua,tetapi turut ditemani oleh kawan suami yang turut membawa isteri dan 2 orang anaknya.So,trip kami kali ni takde la sunyi sangat.Hehehe...

Adalah beberapa pic yang sempat suami aku amik sepanjang kami berada di Zoo.Bagi mereka yang tak pernah berkunjung ke Zoo Kemaman tu,kat sana macam2 binatang yang leh tengok.Antaranya Ikan Naga(besar nya mak oii),Ikan Kelah,Tapir,Ular Sawa Batik(mmg besar dan menggelikan aku),Harimau,Buaya,spesis monkey tapi x mcm monkey pun ...

29 Disember 2009

Makan Angin Perut Kembong...

Apply cuti 2 hari.Itupun rasa tak cukup lagi.Kalau boleh nak apply seminggu,tapi takde orang laa kat ofis.Bertolak ke K.Lumpur hari sabtu pagi.Hati berdebar jugak pasal dah lama tak jalan jauh.Dalam hati ni berdoa je semoga selamat dalam perjalanan.Aku dan suami relak je sepanjang perjalanan Yelah,ayah mertua aku yang drive.Mak jadi teman setia di sebelahnya.Adik ipar aku 2 org senyap je.Sorang anak dara duduk melayan fikiran di luar tingkap.Si kecil lak duduk diam di belakang melayan lagu sambil makan kacang.Banyak kali rehat di Hentian pasal perut nak kena isi makanan.Perjalanan jauh,memang la lapar,mengantuk,nak kencing lah,macam2.Alhamdulillah,kami tiba di K.Lumpur lewat Maghrib.Tumpang kat rumah sepupu suami.Rupanya kami yang paling lewat tiba.Saudara yang lain dah tiba awal.Mana tak nye,cari rumah tak jumpa.Maklumlah K.Lumpur la katakan.Pusing sana,keluar sini.Nak dekat sejam jugak baru dapat jalan betul.Nasib baik suami aku pakai handset GPS..dapat la jugak cari.Kelakar jugak la.

Malam tu,kami memang penat.Lepas makan terus rasa nak tido.Keesokan baru mula jalan2.Kami ke Putrajaya.Melawat masjid kat sana.Bagi aku yang pertama kali menjejakkan kaki kat sana memang amat teruja la.Lebih2 lagi melihat bangunan kerajaan yang besar dan megah tu.Nasib baik aku pakai baju kurung hari tu.Tergelak aku bila lihat pelancong Cina yang datang melawat masjid terpaksa memakai jubah pink untuk masuk ke dalam.Yela,bai menghormati masjid kita yang suci itu,elok la ditutup aurat yang terdedah tu.Kurang sopan lah katakan.Tapi cute lak bila lihat dioarng pakai jubah pink.

16 Disember 2009

Pembuka Bicara...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t...Salam untuk semua para blogger.Alhamdulillah,dah lama niat di hati nak buat satu blog seperti teman-teman yang lain.Akhirnya dapat juga buat walaupun tak secantik blog teman-teman yang sedia ada.Masa yang ada pun agak terbatas untuk membuat blog ni.Kerja-kerja di pejabat perlu diutamakan terlebih dahulu.Inipun kebetulan takde kerja nak diselesaikan.Semua dah beres sebelum cuti.Cuti pun dah apply..Suami ajak pegi jalan2 kat Kuala Lumpur dan Johor.Nak menziarah saudara mara kat sana.Sebelum ni tak sempat nak pergi jalan-jalan.